Diet Sihat Langsing

 


Menu Cadangan Slim Diet II

1
Posted July 21, 2012 by alpha in Alpha Lipid SD2

 

Syor Kami Untuk Menu Cadangan Slim Diet II

 

Menu cadangan Slim Diet II, berikut merupakan menu cadangan untuk kesan pengambilan produk Alpha Lipid SD2 yang paling optimum, sekiranya anda mengikut menu cadangan Slim Diet II seperti yang disyorkan di bawah, maka anda di landasan yang terbaik untuk mula menurunkan berat badan anda dan kekal langsing dengan Slim Diet II.

Apa yang dicatatkan oleh pihak kami di bawah hanyanya syor dari pakar pemakanan dan juga pakar yang telah membuat kajian mengenai Alpha Lipid SD2. Terpulang kepada anda untuk mengamalkan keseluruhan menu cadangan tersebut atau menyesuaikan diet pemakanan tersebut menggunakan cara anda.

Menu Cadangan Slim Diet II 640x462 Menu Cadangan Slim Diet II

 

PLAN YANG MUDAH DIIKUTI

 

Tiada peraturan rumit untuk dituruti dan anda dijamin mencapai keberhasilan yang diidam-idamkan. Ianya hanya semudah SATU, DUA, TIGA..

  • SATU – Tambahkan 2 sudu penuh SLIM DIET II kedalam 200 – 250 ml air sejuk. Ulangi 4 kali sehari.
  • DUA – Kurangkan makanan berLEMAK, berKANJI dan berGULA.
  • TIGA – Tingkatkan penggunaan makanan segar seperti sayur-sayuran, bijirin asli dan makanan laut. 4 gelas SDII sehari akan membekalkan anda dengan 100% zat pemakanan yang diperlukan oleh tubuh anda untuk TENAGA TINGGI dan tubuh yang RAMPING LAGI SIHAT.

Pengambilan buah-buahan adalah tidak dibenarkan semasa menjalani program ini kerana kandungan Karbohidrat dalam buah-buahan adalah terlalu tinggi. Dalam program ini, kadar karbohidrat harian yang perlu diambil hanyalah antara 20 – 35 gram.

 

KENAPA BUAH-BUAHAN TIDAK DIBENARKAN SEPANJANG PLAN DIET SDII?

 

Ketika dalam menjalani program diet penurunan berat badan SDII ini, pengambilan karbohidrat harian ini SEHARUSNYA di antara 20g hingga 35g sahaja. Buah-buahan pula mengandungi kandungan karbohidrat yang teramat tinggi dan sememangnya tidak sesuai bagi program ini. Bandingkan jadual dibawah:

BUAH-BUAHAN SAIZ PENGAMBILAN KARBOHIDRAT (gram) TENAGA (kalori)
  • Epal Hijau 1 biji (sederhana) 9.1 39
  • Epal Merah 1 biji (kecil) 13.1 57
  • Pisang 1 biji (kecil) 22.9 100
  • Jambu batu Setengah biji (kecil) 10.0 46
  • Oren 1 biji (kecil) 10.4 49
  • Belimbing Setengah biji (kecil) 5.0 24
  • Durian Seulas 27.9 453
  • Rambutan 4 hingga 5 biji 13.9 59
  • Anggur 8 biji 16.3 68
  • Betik Sehiris nipis 7.1 35
  • Tembikai Sehiris nipis 6.0 28

 

MENU CADANGAN Slim Diet II

 

Dibawah ini kami sertakan menu cadangan yang berkesan bersama SDII meliputi sarapan pagi, makan tengahari, dan makan malam. Penting: Pastikan minum SDII terlebih dahulu sebelum mengambil apa-apa makanan.

SARAPAN PAGI
  • Menu-1 Minuman SDII, Sebiji telur + Daging + Keju Cheddar rendah lemak, 1 biji tomato saiz sederhana.
  • Menu-2 Minuman SDII, 2 Biji telur rebus, 1 biji tomato saiz sederhana.
  • Menu-3 Minuman SDII, 2 Biji telur hancur (scrambled) dan sayur campuran.
  • Menu-4 Minuman SDII, Sup telur dicampur hirisan ayam dan secawan kobis.
  • Menu-5 Minuman SDII, 2 biji telur goreng dan salad sayur-sayuran.
  • Menu-6 Minuman SDII, Sup berasaskan daging ayam, telur hancur (scrambled) dan Brokoli.
  • Menu-7 Minuman SDII, telur yang di steamkan dengan daging kisar dan cendawan serta sebiji tomato sederhana.
MAKAN TENGAHARI
  • Menu 1 Minuman SDII, Tofu serta isi ketam, telur dengan udang dan Brokoli rebus.
  • Menu 2 Minuman SDII, ayam dipanggang, adunan salad digoreng bersama bawang putih dan asparagus goreng.
  • Menu 3 Minuman SDII, daging goreng kicap dan brokoli bersama udang.
  • Menu 4 Minuman SDII, Rendang ayam serta adunan brokoli dan kobis bunga digoreng bersama.
  • Menu 5 Minuman SDII, ayam digoreng bersama halia dan asparagus dipanggang bersama telur.
  • Menu 6 Minuman SDII, stik bersama potongan tomato segar dan adunan goreng kacang bendi, cendawan dan bawang.
  • Menu 7 Minuman SDII, ikan dimasak stim bersama tomato, cendawan dan daun bawang.
MAKAN MALAM
  • Menu 1 Minuman SDII, hirisan kambing bakar dengan sos pudina, sayur campuran dan daun saderi (celery) digoreng bersama udang.
  • Menu 2 Minuman SDII, Ikan yang dimasak stim bersama tomato, cendawan dan daun bawang.
  • Menu 3 Minuman SDII, ayam yang dipanggang, tofu bersama daging kisar, serta sayur bayam.
  • Menu 4 Minuman SDII, hirisan kambing bakar bersama sos pudina, daun saderi (celery) + udang digoreng, serta sayur campuran.
  • Menu 5 Minuman SDII, Ketam yang dipanggang, ikan dan adunan brokoli dan kobis bunga digoreng bersama.
  • Menu 6 Minuman SDII, adunan goreng udang campur daun saderi (celery) dan hati goreng halia.
  • Menu 7 Minuman SDII, Tofu beserta isi ketam, udang dimasak dengan telur, Brokoli yang direbus.

 

Menu Cadangan Slim Diet II – Amalkan Meminum Air Dengan Banyak

 

Boleh dikatakan nutrien yang paling penting dalam diet kita, iaitu air membentuk sekurang-kurangnya 60% daripada komposisi badan kita. Kehilangan hanya 2% daripada air dalam badan boleh mengurangkan tumpuan, fokus dan memperlahankan tindak balas.

Perubahan dalam proses metabolik dan pemecahan lemak yang tersimpan semasa Program Pengurusan Berat Slim Diet II meningkatkan keperluan air untuk kita. Oleh itu anda dicadangkan agar mengamalkan meminum air yang banyak semasa mengamalkan Slim Diet II.

Ia adalah penting untuk mengambil sekurang-kurangnya 2.0 liter air setiap hari semasa mengikuti Program Pengurusan Berat SD II, lebih jika anda bersenam atau berada pada cuaca yang panas.

 

Dapatkan Produk Slim Diet II Dengan Team Rozi SlimDiet

 

Anda boleh dapatkan maklumat lanjut serta informasi terkini mengenai Slim Diet II – Menu Cadangan Slim Diet II melalui Team Rozi SlimDiet. Salah seorang agen Slim Diet SD2 yang sangat aktif membantu para pengguna mendapatkan bentuk badan sempurna melalui khidmat nasihat dan juga memberi panduan perlangsingan melalui diet yang baik.
Untuk mendapatkan informasi terkini mengenai produk Alpha Lipid SD2 atau FibreMax, sila hubungi Team Rozi SlimDiet di talian: 014-7162393. Atau anda boleh tinggalkan komen di ruang yang disediakan.

About the Author

alpha


One Comment


  1.  
    Nurjana Mitra

    I Luv It ….
    Saya dah turun 3,5 kg dalam seminggu/1 tin alsd2…..
    Sekarang jalan tin yang ke 2… :)